Home » Peranan Lubab Al-Hadith Dalam Karya Hadis di Alam Melayu by Muhammad Mustaqim Mohd Zarif
Peranan Lubab Al-Hadith Dalam Karya Hadis di Alam Melayu Muhammad Mustaqim Mohd Zarif

Peranan Lubab Al-Hadith Dalam Karya Hadis di Alam Melayu

Muhammad Mustaqim Mohd Zarif

Published 2014
ISBN :
Paperback
160 pages
Enter the sum

 About the Book 

Buku ini membincangkan isu penting berkaitan perkembangan ilmu hadis dalam kalangan masyarakat Islam di Alam Melayu sebelum abad ke-20. Secara khasnya, pendekatan sejarah-sosial digunakan bagi merekonstruksi kronologi dan kerangka pemikiran keagamaanMoreBuku ini membincangkan isu penting berkaitan perkembangan ilmu hadis dalam kalangan masyarakat Islam di Alam Melayu sebelum abad ke-20. Secara khasnya, pendekatan sejarah-sosial digunakan bagi merekonstruksi kronologi dan kerangka pemikiran keagamaan masyarakat Melayu berdasarkan karya hadis bertajuk Lubab al-Hadith dan ulasannya oleh dua orang ulama besar AlamMelayu abad ke-19 iaitu Syeikh Nawawi Banten dan SyeikhWan Ali Kutan Kelantan. Buku yang julung kalinya membincangkan isupenting ini bertujuan memenuhi kelompangan ilmu yang terdapat dalam sejarah keagamaan di Alam Melayu pada zaman pramoden dalam gaya bahasa, persembahan dan kandungan ilmiah yang mudah, ringkas dan berasaskan penyelidikan sejumlah manuskrip dan sumber langka yang berkaitan yang tersimpan di dalam dan luar negara. Pembacanya disasarkan daripada kalangan khalayak umum, ilmuwan, pelajar dan sesiapa sahaja yang berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah perkembangan ilmu hadis di Alam Melayu dengan lebih mendalam. Diharapkan buku ini dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh masyarakat dengan sebaik-baikny ademi kepentingan agama, bangsa dan negara.